BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

Diriku

Dah berumur 50tahun barulah aku mengetuk komputer.Pengalaman pertama menggelikan hati. Mana taknya masa dapat lap top aku tak pandai langsung on off. Kini dah masuk tahun kedua aku membiasakan diri membuka dan mencari apa-apa jua maklumat yang aku rasakan mudah untuk diriku yang dah berusia emas ini. Dek zaman yang menuntut penggunaan ICT tambahan sekolahku dah termasuk dalam kategori sekolah bestari mau tak mau aku terpaksa mengikut arus. Aku dapat merasakan rakan-rakan macam geli hati tengok aku terkial-kial. Alhamdulillah rakan-rakan di Pendidikan Khas sangat cooperative dan tak jemu mengajar aku. Aku sangat bersyukur atas kerjasama dan tunjuk ajar mereka. Kini aku mula bertatih-tatih untuk menulis blog kerana hampir semua warga SK Peserai dah ade blog dan facebook masing-masing. Ikutkan hati tak minat nak buat tapi aku gagahkan juga diriku ini demi nak mengikut arus katakan. Walau apapun aku akan cubalah setakat yang aku terdaya, Insyaallah.

0 comments: