BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 16, 2010

salamkoe Pictures, Images and Photos

Dari Ibnu Umar r.a. berkata sabda Rasulullah s.a.w.

“ Bila kamu berada pada waktu petang maka

janganlah menantikan waktu pagi. Bila kamu berada pada

waktu pagi maka janganlah menantikan waktu petang.

Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu, dan

pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu.”

Tips ke Arah Pelajar Cemerlang

Amalan Pemakanan yang baik:

1. Pastikan makan makanan yang halal

2. Amalkan makan kismis, kurma, dan minum air zam-zam

3. Makan makanan seimbang

4. Jauhkan maksiat serta elak daripada memandangnya

5. Makan ubat cergas minda

Punca lemah minda:

1. Makan dari sumber yang haram

2. Makan terlalu kenyang

3. Makan tidak berjadual

4. Makan makanan yang tidak berzat

5. Elak daripada makan kepala ikan, semut, dan organ

binatang

6. Tidur selepas Asar dan selepas Subuh

MUSLIMAH

SOPAN ITU CANTIK

Tuesday, August 4, 2009

Diriku

Dah berumur 50tahun barulah aku mengetuk komputer.Pengalaman pertama menggelikan hati. Mana taknya masa dapat lap top aku tak pandai langsung on off. Kini dah masuk tahun kedua aku membiasakan diri membuka dan mencari apa-apa jua maklumat yang aku rasakan mudah untuk diriku yang dah berusia emas ini. Dek zaman yang menuntut penggunaan ICT tambahan sekolahku dah termasuk dalam kategori sekolah bestari mau tak mau aku terpaksa mengikut arus. Aku dapat merasakan rakan-rakan macam geli hati tengok aku terkial-kial. Alhamdulillah rakan-rakan di Pendidikan Khas sangat cooperative dan tak jemu mengajar aku. Aku sangat bersyukur atas kerjasama dan tunjuk ajar mereka. Kini aku mula bertatih-tatih untuk menulis blog kerana hampir semua warga SK Peserai dah ade blog dan facebook masing-masing. Ikutkan hati tak minat nak buat tapi aku gagahkan juga diriku ini demi nak mengikut arus katakan. Walau apapun aku akan cubalah setakat yang aku terdaya, Insyaallah.